Prosuder operasi ketat dan selamat, Kredit Komuniti bukan ah long

BATU PAHAT: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, prosedur operasi Kredit Komuniti ini sangat ketat dan amat berbeza dengan operasi pinjaman Ah Long yang tidak berdaftar.

“Operator Kredit Komuniti dibenarkan beroperasi dengan pantauan daripada Bukit Aman dibawah unit Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) PDRM”,

“Prosedurnya sangat ketat, operator yang mengendali Kredit Komuniti ini perlu mendapatkan kelulusan dari Bukit Aman beserta dengan cap jari 10”, katanya dalam sidang media selepas melawat Majlis Perbandaran Batu Pahat (MBBP), pagi tadi.

Menurut Zuraida lagi, tujuan Kredit Komuniti ini jelas, mengelakkan orang ramai meminjam dari ceti haram terutama dalam tempoh sekatan pergerakan.

“Kredit Komuniti menyediakan khidmat pinjaman wang dalam jumlah yang kecil dan proses pinjamannya mudah namun jauh lebih selamat daripada mereka yang terpaksa meminjam daripada entiti haram Ahlong”,

Beliau menambah kebenaran Kredit Komuniti beroperasi juga berdasarkan kepada permintaan daripada peminjam Kredit Komuniti itu sendiri.

Dimaklumkan, sebanyak 4,792 syarikat Kredit Komuniti sehingga bulan Mei yang lalu telah mendaftar di bawah KPKT yang tertakluk dibawah undang-undang kementerian dan jika didapati melanggar undang-undang yang ditetapkan, operator tersebut akan didakwa dan lesen mereka akan dibatalkan dan terus ditamatkan operasi syarikat terbabit – People Post Insider

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: