Rombongan Ebit Lew dibenar masuk ke Gaza

Kuala Lumpur: Pendakwah bebas, Ebit Lew dan rombongannya kini dibenarkan masuk ke Gaza, Palestin bagi menyalurkan bantuan kemanusiaan.

Ebit dalam hantaran di media sosial miliknya memaklumkan mereka masuk diiringi tentera Mesir dengan kereta berperisai sepanjang perjalanan.

Beliau turut memaklumkan, berdasarkan maklumat kedutaan Malaysia dan Unit Perisikan Tentera Mesir, rombongan mereka adalah pasukan pertama dalam dunia yang dibenarkan masuk melalui pintu sempadan Rafah selepas perang baru-baru ini.

“Syukur pada Allah rombongan kami berada di Gaza, Palestin.

“Namun, ada lebih 30 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seluruh dunia sedang memohon. Sebahagian ada di Mesir. Doakan mereka semua dimudahkan Allah supaya lebih ramai dapat dibantu,” katanya.

Ebit turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang membantu rombongannya dari awal.

“Setiap hari kami bermesej. Datuk Seri (Hishammuddin) telefon Kementerian Luar Mesir dan terus ke Mesir untuk membantu kami secara terus dan turut meminta saya menjaga pasukan kami,” katanya.

Ebit juga tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada Wisma Putra, Kedutaan Besar Malaysia dan pasukan yang banyak membantu rombongannya seperti sebuah keluarga.

Selain itu beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang banyak membantu dan menyumbang dalam menjayakan misi itu.

“Terima kasih juga kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menghubungi Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi dengan menyebut tentang misi kami,” katanya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia.

“Terima kasih kerajaan Mesir yang membantu segala urusan dan menjaga keselamatan kami sepanjang perjalanan,” katanya.

Ebit turut memohon maaf kerana tidak mengemas kini mengenai misi itu di mana-mana media sosial atas faktor keselamatan.

Ebit dan rombongan bantuan kemanusiaannya berlepas ke Mesir pada 25 Mei lalu dan dua hari kemudian melalui satu hantaran di Facebook, beliau memaklumkan selamat tiba di Mesir.

Beliau turut memaklumkan sudah membeli barangan keperluan asas serta ubat-ubatan yang akan dibawa menggunakan dua treler dan beberapa lori untuk dihantar terus ke hospital Gaza pada hari terbabit.

Bagaimanapun, banyak pihak kemudian tertanya-tanya mengenai status keadaannya serta perkembangan misi bantuan kemanusiaan selepas tidak lagi mengemas kini laman sosial selepas itu.

Namun pada 12 Jun lalu, Ebit memuat naik gambarnya di Facebook dan Instagram, namun tidak menyatakan lokasi sebaliknya meminta masyarakat mendoakan kejayaan misi. – HARIAN METRO

oleh Tuty Haryanti Ahmad Rodzi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: