Sentimen PKS berada pada tahap terendah

KUALA LUMPUR: Sentimen perusahaan kecil dan sederhana (PKS) jatuh ke tahap terendah susulan pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun ini, demikian menurut RAM Holdings Bhd.

Firma penarafan kredit itu berkata, dalam Indeks Keyakinan Perniagaan RAM Suku Kedua 2021, sentimen PKS menjunam ke paras terendah pada 33.2 daripada 38.7 pada suku tahun sebelumnya.

“Indeks yang merekodkan bacaan 50 dan ke bawah menunjukkan keadaan pesimis dalam tinjauan perniagaan sehingga enam bulan ke depan.

“Tinjauan itu, yang membabitkan sekitar 180 firma, menyoroti nasib PKS dalam usaha untuk bertahan dalam sekali lagi sekatan pergerakan dan penutupan perniagaan dalam bentuk PKP 3.0.

“Syarikat paling pesimis mengenai jualan adalah yang paling meluas dalam kalangan sektor runcit dan perkhidmatan perniagaan, dengan 90 peratus mengatakan ekonomi lemah sebagai cabaran utama mereka.

“Sebaliknya, hampir 90 peratus syarikat pembuatan yang ditinjau menyebut kenaikan kos perniagaan sebagai cabaran utama mereka.

“Ini selaras dengan kenaikan dalam kos bahan mentah baru-baru ini berikutan kenaikan komoditi dan kenaikan kos penghantaran global di tengah-tengah kekangan bekalan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

RAM Holdings menambah, lebih daripada separuh firma yang ditinjau beralih kepada pelbagai langkah pengurangan kos pada tahun lalu.

Katanya, dengan PKP 3.0 diteruskan, kira-kira 40 peratus PKS percaya bahawa pengurangan kos adalah perlu untuk kekal berdaya tahan.

“Ini adalah benar terutama untuk syarikat kecil yang mempunyai aliran tunai terhad.

“Sekiranya tiada bantuan lebih lanjut, mereka akan berdepan penutupan yang tidak dapat dielakkan dalam tempoh beberapa bulan akan datang,” katanya.

Memandangkan persekitaran operasi yang sukar, sebahagian besar syarikat, terutama PKS dan mereka dakan sektor ‘sentuhan tinggi’, menyuarakan adanya keperluan bantuan jangka pendek.

“Kesinambungan subsidi upah dan moratorium pinjaman, yang kedua-duanya tersedia di bawah PEMERKASA+, adalah bantuan yang paling diperlukan syarikat, iaitu masing-masing pada 36 peratus dan 17 peratus dalam tinjauan syarikat.

“Sebanyak 15 peratus syarikat lagi turut memerlukan pinjaman tambahan untuk terus bertahan.

“Selain daripada moratorium, bank mungkin perlu memberikan pinjaman tambahan untuk menyokong aliran tunai syarikat sehingga ekonomi pulih,” katanya. – BH ONLINE

oleh  Hazwan Faisal Mohamad

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: