TLDM tubuh Lembaga Siasatan kenal pasti punca kejadian

Lumut: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan menubuhkan Lembaga Siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian helikopter pasukan itu melakukan pendaratan cemas, hari ini.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari, helikopter jenis Fennec berkenaan mendarat cemas di Pangkalan TLDM Lumut, di sini.

Bahagian Komunikasi Strategik Markas Pemerintahan Armada Barat dalam satu kenyataan berkata, kejadian berlaku ketika helikopter berkenaan sedang melakukan penerbangan operasi.

Tanpa menyebut jumlah kru yang terbabit dalam kejadian, kenyataan berkenaan memaklumkan semua kru helikopter berjaya diselamatkan.

“Kru kini sedang menjalani pemeriksaan lanjut di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Pangkalan TLDM Lumut.

“Insiden juga tidak membabitkan sebarang kecederaan kepada orang awam dan kawasan insiden terkawal,” katanya.

Menurutnya, Lembaga Siasatan akan diwujudkan bagi mengenal pasti punca kejadian. – HARIAN METRO

 oleh Noor Hidayah Tanzizi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: