3 hari terapung di laut

Lumut: Nelayan tempatan membantu lima awak-awak sebuah bot nelayan warga Indonesia selepas bot dinaiki mereka karam dipukul ribut semalam, sebelum diserah kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Bahagian Komunikasi Strategik Markas Pemerintahan Armada Barat pada kenyataan hari ini berkata, kelima-lima mangsa dihanyutkan ke perairan negara.

Nelayan tempatan kemudiannya menghantar mereka ke Stesen Luar Pantai TLDM, Stesen Jarak, yang berada kira-kira 35 batu nautika di barat daya Pulau Pangkor, jam 2 petang.

“Kelima-limanya terapung di laut selama tiga hari. Mereka diberi makanan dan minuman sebelum dipindahkan ke Kapal Diraja (KD) Mahamiru yang sedang melaksanakan Ops Benteng Laut dan Ops Patkor Malindo.

“TLDM kemudiannya menyerahkan awak-awak berkenaan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di perairan Pulau Pangkor,” katanya.

Menurut kenyataan, selepas itu, APMM menyerahkan awak-awak terbabit kepada pihak kedutaan Indonesia untuk proses selanjutnya. – HARIAN METRO

oleh Noor Hidayah Tanzizi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: