Menteri sokong kempen ‘kibar bendera putih’ di sebalik kempen pemuda PH

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin hari ini menyambut baik dan menguar-uarkan kempen #BenderaPutih untuk menaikkan sikap prihatin bantu-membantu sesama masyarakat, ketika ahli politik pembangkang menganggap kempen tersebut sebagai tanda kegagalan kerajaan.

Pemimpin Amanah Shazni Munir berkata kempen mengibarkan bendera putih yang digerakkan tersebut menunjukkan wujud kelembapan agihan bantuan kepada rakyat yang ketika ini didakwanya menghadapi tekanan ekonomi dan kesihatan mental.

Bagaimanapun, dalam sebuah hantaran Facebook, Zuraida sebaliknya menyatakan sokongannya terhadap kempen kibaran bendera golongan yang terjejas akibat pandemik Covid-19 dan memerlukan bantuan bagi menarik perhatian masyarakat yang prihatin.

“Saya bersama dalam kempen #BenderaPutih ini bagi mengenalpasti mereka yang memerlukan bantuan. Tak perlu merayu, tak perlu malu. Kibar saja bendera.

“Jangan musnahkan generasi akan datang. Sampai-sampaikan, agar lebih ramai tahu erti isyarat ini. Semoga dipermudahkan urusan kita semua!,” kata Zuraida dalam sebuah hantaran Facebook. – MALAYSIA NOW

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: