Sidang khas Parlimen sebelum Ogos?

PETALING JAYA: Sidang parlimen khas berhubung Covid-19 dipercayai akan diadakan sebelum Ogos ini. 

Memaklumkan perkara itu kepada Utusan Online, sumber berkata, hasrat tersebut dinyatakan Yang di-Pertuan Agong ketika pertemuan bersama Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun dan Speaker Dewan Negara, Tan Sri Dr. Rais Yatim bersama lima Timbalan Yang Dipertua di Istana Negara, hari ini.

“Majlis itu dibuat atas dasar inisiatif usaha Tuanku nak mendapatkan maklumat dan keadaan terkini berhubung Covid-19 di sektor Parlimen Malaysia dan bagaimana persiapan untuk persidangan yang dijadualkan tidak berapa lama lagi.

“Kemungkinan bulan Ogos supaya komitmen Parlimen itu tidak disia-siakan dan diberi kuasa demoktratik untuk membincangkan hal berkaitan Covid-19,” katanya.

Bagaimanapun, menurut sumber itu lagi, hasrat Seri Paduka itu akan dibawa kepada Ketua Majlis iaitu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memutuskan tarikh persidangan khas berkenaan.

Dalam hal ini, jelas sumber yang turut menghadiri pertemuan menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini berkata, Perdana Menteri harus menghormati hasrat Seri Paduka itu berikutan Tuanku adalah Ketua Mercu Parlimen iaitu memegang kuasa tertinggi dalam institusi Parlimen.

“Tarikh persidangan khas Parlimen akan ditakwimkan Perdana Menteri, mungkin dua hari, mungkin lima hari. Kemudian persidangan biasa akan dibuat pula pada hujung Ogos nanti,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE 

oleh Aslinda Nasir

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: