Speaker Dewan Rakyat, Presiden Dewan Negara tiba di Istana untuk menghadap Agong

KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun dan Presiden Dewan Negara Rais Yatim tiba di Istana Negara pagi ini untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Sebentar tadi, kenderaan-kenderaan rasmi yang membawa Azhar dan Rais secara berasingan dilihat memasuki pekarangan Istana Negara melalui Pintu Satu.

Sementara itu, Timbalan Speaker Dewan Rakyat Azalina Othman Said dan Mohd Rashid Hasnon, serta Timbalan Presiden Dewan Negara Mohamad Ali Mohamad, yang turut mengadap Agong pagi ini dilihat masuk melalui Pintu Dua.

Difahamkan, Peguam Negara Idrus Harun juga telah diperkenan masuk menghadap, namun tiada masa diberikan.

Sesi sembah maklum kepada Agong yang dijangka bermula pada 11 pagi adalah rentetan kepada siri pertemuan baginda dengan ketua-ketua parti politik serta pegawai-pegawai tertinggi kerajaan persekutuan sebelum ini.

Azhar dan Rais dijangka akan menyampaikan dapatan dan kajian mereka kepada Agong tentang tarikh pembukaan Parlimen secara hibrid selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan Pengisytiharan Darurat.

Sabtu lalu, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Ahmad Fadli Shamsuddin mengesahkan Azhar dan Rais Yatim diperkenan menghadap Agong. – FMT

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: