Teori Kamal Hatta: PKR aman damai selepas tiada Kartel?

Wa suka dengan ayat geng PKR ni, “PKR akan aman damai sekiranya KARTEL KELUAR DARIPADA PKR”…

Tapi latest yang wa baca dan sedang meletup, AMK pun dah buat garisan perang baru…tak taulah wa nak gelak ke atau kesian. Sama-sama kau orang pun berlaga kepala. Mana ‘KEAMANAN’ PKR yang dibanggakan tu?

Boleh dikatakan hampir semua bekas anggota PKR pro KARTEL sudah blah daripada parti reform ke laut ni. Yang tinggal dikuasai puak KUPAI. Baik jawatan MPP sampailah ke negeri-negeri.

Semalam meletup Ketua AMK Malaysia rombak dan pecat beberapa orang dalam MPP AMK. Yang kena drop semua pro-Anwar team baju hitam yang diketuai oleh Farhash.

Kau orang boleh nampak PKR sekarang ni dah ada dua kem yang berlaga kepala iaitu satu team Farhash dan satu lagi team Rafizi. Dua orang ni memang dah berselisih selepas pemilihan PKR 2018. Macam biasalah style Anwar, yang bertanding lawan Azmin tetapi kalah akan kena pinggir. Anwar angkat Farhash sebab Rafizi dah gagal. Benda ni sama berlaku pada Khalid Ibrahim dan Zaid Ibrahim dulu. Cuma Pudin je yang selamat sebab pandai ampu boss.

Kisah si Rafizi nak saman Farhash pun hangat jugak. Itu petanda besar yang mereka berdua ni dah tak boleh kowtim! Lawan tetap lawan kan…hahahaha.

Wa ramal next pemilihan PKR, Farhash akan masuk tanding jawatan top MPP. Sekurangnya sebagai Naib Presiden. Itu pun kalau Shamsul Katek dan Pudin sepakat untuk jawatan timbalan presiden. Rafizi pun mungkin akan masuk lawan jugak. Jangan lupa bai, kalah-kalah Rafizi pun dulu dia yang susun gerakan Invoke. Bukan hasil tangan Pudin pun walaupun mereka berdua dalam think tank untuk wujudkan gerakan melawan team Azmin Ali.

Kalau Rafizi masuk lawan timbalan presiden lagi sekali, Pudin dan Shamsul Katek akan out. Shamsul dulu berpaut kepada gerakan Azmin-Zuraida. Dia dapat lonjakan undi pun sebab berada dalam wave penyokong Azmin-Zuraida. Begitu jugak Pudin, yang ni harap ikut bontot Presiden, akar umbi tak ada.

Yang boleh lawan dan saing Rafizi adalah Farhash. Mamat ni pun dah membina rangkaian sendiri. Dia tau untuk ke depan. Anwar lantik dia sebagai Pengerusi PKR Perak itu dah jadi batu loncatan karier politik dia. Wa sangat faham proses politik gini bai.

Tapi sebelum wa lupa, Nurul Izzah juga akan ada dalam plot pemilihan PKR akan datang. Ini pun petanda aras politik dalaman PKR.

Wa seronok sebenarnya puak-puak dalam PKR ni bergaduh besar sebab kata-kata PKR akan aman tanpa KARTEL adalah ayat sampah politik. Karut dan ilusi politik KUPAI. Lastly, kau orang bergaduh sesama sendiri. Sikit pun KARTEL tak terlibat.

Orang kuat Anwar yang bergaduh sesama sendiri. Masing-masing nak tumpuan dan kasih sayang politik Anwar.

Wa respect dengan bekas-bekas PKR yang rata-rata sudah move on berbanding puak PKR. Ada yang bersama Ngo PKN, ada yang join Gerakan dan di Sarawak pulak ada yang join parti baru PSB.

Jadi tunggul puak PKR yang tak boleh move on ni… KARTEL dah tak ada pun masih gila talak. Gaduhlah kau orang sampai ghuyub!

Kamal Hatta (WA BALUN!)

Tulisan penulis bebas ini tidak berkaitan dengan PPI beliau adalah aktivis dan Reformis 98.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: