Euro 2020: England lakar kemenangan bergaya tewaskan Jerman

30 Jun 2021, LONDON: England melakar sejarah manis apabila berjaya menewaskan Jerman di Stadium Wembley sekaligus menebus kekalahan kepada Jerman pada perlawanan tahun 1996 di gelanggang sama.

Separuh masa pertama memperlihatkan kedua-dua pasukan bermain secara berhati-hati. Namun suasana permainan rancak separuh masa kedua.

Pertahanan Jerman mulai longgar dan England terus menggasak. Gerakan yang dicetuskan pemain penyerang, Raheem Sterling di hadapan kawasan D membuahkan hasil setelah Harry Maguire membuat hantaran kepada Sterling yang kemudian merembat terus ke kiri pintu gol Jerman pada minit 75.

Jerman terus menggandakan gerakan namun menemui kegagalan menghasilkan gol. Thomas Muller gagal menjaringkan gol walaupun peluang terbuka akibat kesilapan hantaran Sterling kepada pertahanan England.

England memperkukuhkan pertahanan dan terus melancarkan serangan. Minit 86 Kapten England, Harry Kane menyumbang gol kemenangan bergaya melalui tandukan.

Satu perlawanan lagi, Sweden dikejutkan oleh Ukraine apabila tewas 1-2. Kemenangan ini telah membawa Ukraine mara ke suku akhir.

Ukraine memulakan langkah apabila menghasilkan jaringan pada Olecskandr Zinchenko minit 27 untuk mendahului Sweden 1-0.

Sweden tidak menunggu lama, Emil Forsberg menyamakan kedudukan 1-1 pada minit 43.

Perlawanan berlanjutan ke masa tambahan. Artem Dovbyk menjaringkan gol saat akhir pada minit 120 membunuh harapan Sweden untuk mara ke suku akhir.

Dua perlawanan pagi tadi menyaksikan dua pasukan elit, Jerman dan Sweden tersingkir gagal mara ke suku akhir. _PPI Sukan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: