FAMA Pahang sumbang 6.24 tan buah untuk haiwan

TEMERLOH: Lembaga Pemasaran Persekutuan (FAMA) Pahang menyumbang sebanyak 6.24 tan labu manis dan pisang kepada haiwan di bawah program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Prihatin.

Timbalan Pengarah Operasi FAMA Pahang, Shabuddin Mohd Nor, berkata turut diberikan nangka, nanas dan keledek. Sumbangan berkenaan diharap dapat meringankan beban menyediakan makanan oleh pihak terbabit.

Katanya, sumbangan pertama membabitkan lebih dua tan pisang, nanas, keledek dan labu manis kepada empat individu yang terbabit dengan pembiakbakaan dalam kurungan komersial dibawah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di daerah ini, Pekan, Lipis dan Bentong yang memiliki pelbagai haiwan eksotik seperti landak raya, rusa dan pelanduk.

Katanya, minggu lalu pihaknya turut menyumbang sebanyak 2.5 tan pisang, labu manis dan kepada Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah Lanchang, di sini yang menempatkan 32 ekor gajah.

“Semalam, sebanyak 1.74 tan pisang, labu manis, nanas dan nangka disumbangkan kepada Deeland Park Lanchang, di sini yang terbabit dengan pembiakbakaan dalam kurungan komersial rusa sambar dan landak raya.

“Sumbangan berkenaan diharap dapat meringankan beban pengurusan pusat terbabit yang turut terbabit dengan sektor pelancongan dengan menempatkan pelbagai jenis binatang termasuk lebih 70 rusa sumatera,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan sumbangan pisang, labu manis, nanas dan nangka sebanyak 1.74 tan kepada pemilk Deeland Park Lanchang, Abdullah Ahmad Mahmud, di sini semalam. – BH ONLINE

oleh Mohd Rafi Mamat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: