Kibar Bendera Putih, melonjak usaha bantu rakyat!

Kibar Bendera Putih menjadi ‘trending’ utama di media sosial negara semalam, itu pun melonjak setelah ‘dimanipulasi’ oleh Zuraida Kamaruddin.

Kenapa melonjak? Kerana ada pihak politik lain gagal melaksanakan agenda mereka iaitu membayangkan ‘kegagalan dan kepincangan’ kerajaan menanggani krisis sosial yang didakwa sudah membesar.

Zuraida sekali lagi bijak mengimbangi situasi. Jangan lupa bahawa sejak dua minggu lalu beliau konsisten menggerakkan operasi sukarelawan membantu Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dimulakan di Parlimen Ampang. Ia telah bersedia dengan unit-unit aktif sukarelawan seperti unit panggilan dan unit mobilasi.

Zuraida meneruskan lagi momentum itu dengan pelancaran MOVAK (Mobilasi Vaksin Komuniti) yang dirasmikan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Balik Pulau, Pulau Pinang dan di Johor Bahru minggu lepas. MOVAK adalah gandingan usahasama strategik KPKT dengab Kementerian Perpaduan Negara yang diterajui oleh Halimah Sadique.

Bukan nak mengampu atau melebih-lebihkan Zuraida, tetapi beliau kekal konsisten menjalankan gerakan kemasyarakatan melalui Pejabat Parlimen Ampang. Setiap hari bergerak. Cuma masyarakat setempat perlu berhubung dengan pejabat yang tetap beroperasi sepanjang PKP menghulurkan bantuan.

Jangan jadi seperti MP Setiawangsa yang mengecam seperti akal budak sekolah tak matang berfikir membantai dan menyindir usaha Zuraida dengan mendakwa Zuraida menciplak dan ‘hijack’ usaha rakyat.

Jangan lupa juga, orang politik seperti MP Setiawangsa ini tidak punya daya dan ilham membuat gerakan massa. Itulah punca dia menjadi ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri yang paling lembab dan sendu.

Zuraida Kamaruddin telah mengaktifkan suatu gerakan massa yang diilhamkan oleh rakyat. Beliau bersungguh membantu, bukan seperti Anwar Ibrahim yang sentiasa membantai tiap usaha kerajaan melalui ‘live fb’ hampir setiap masa. Port Dickson pun dia tak terjaga yang kini masih dalam zon merah Covid-19 di Negeri Sembilan. Anwar sendiri gagal mewujudkan gerakan massa membantu masyarakat setempat di Port Dickson. Itu pun nasib baik adanya Penggerak Komuniti Negara (PKN) Port Dickson yang turun terus kawasan membantu rakyat.

Fikirkan secara tenang dan tidak beremosi, Zuraida Kamaruddin telah berusaha melaksanakan tanggungjawab yang sebaik mungkin.

Ikhtiar Kibar Bendera Putih ini bakal memberi kesan positif kepada masyarakat yang memerlukan bantuan. Pedulikan pihak yang mahu mempolitikkan isu. Peduli segelintir netizen yang mahu ‘up rating view’ akaun Tik Tok masing-masing tetapi tidak pernah turun padang atau lokasi untuk bantu masyarakat. They are not real, they fake and just keyboard warriors!

Sesuatu yang baik, akan mendatangkan jalan positif. Jauhkan syak wasangka politik keterlaluan. Membenci boleh tetapi jangan sampai menutup kewarasan akal berfikir pro dan kontra.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: