PKPD dijangka dilaksana di mukim sekitar Kuala Muda

Alor Setar: Beberapa mukim di Kuala Muda dijangka dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berikutan peningkatan kes aktif Covid-19 di kawasan berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr Mohd Hayati Othman berkata cadangan PKPD di mukim terbabit adalah berdasarkan kajian dan alasan jabatan kesihatan negeri (JKN) kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Jadi ia akan diumumkan oleh MKN, saya tak pasti berapa mukim yang akan dikenakan PKPD, mungkin dua atau lebih.

“Kebanyakan kes di mukim ini membabitkan kluster kilang, ia bermula di asrama pekerja kilang dan merebak dalam kalangan komuniti,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Semalam, Kedah mencatatkan 284 kes baharu dengan 139 kes dicatatkan di Kuala Muda.

Mukim Sungai Petani merekodkan kes aktif tertinggi iaitu 899 kes, diikuti Mukim Pasir Putih (218 kes aktif) dan Mukim Semeling (170 kes aktif).

Mengulas lanjut, Dr Mohd Hayati berkata, di Kota Setar, seramai 70 pekerja kilang papan di Jabi, Pokok Sena dilaporkan positif Covid-19 semalam, membabitkan Kluster Dah Industri Jabi.

Katanya, jumlah kes yang tinggi itu dicatatkan selepas kira-kira 1,000 pekerja di kilang itu menjalani ujian saringan Covid-19.

“Kluster Dah Industri Jabi ini difahamkan turut bermula di asrama pekerja. Ujian saringan Covid-19 dilakukan secara berperingkat sudah mencapai 1,000 pekerja, lagi banyak ujian saringan dilakukan, semakin banyak kes positif dikesan,” katanya – HARIAN METRO

oleh Noorazura Abdul Rahman

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: