Selangor cadang keluarkan permit penggunaan tanah kawal kebakaran di HSKL Selatan

KUALA LANGAT: Kerajaan Selangor bercadang untuk mengeluarkan permit penggunaan tanah seluas 1,700 hektar Hutan Simpan Kuala Langat (HSKL) Selatan yang akan digunakan bagi tujuan pertanian.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar & Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli, Hee Loy Sian, berkata Jabatan Perhutanan Selangor menerusi Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) bakal melaksanakan usaha itu bagi memudahkan proses kawalan dan pemantauan kebakaran di kawasan itu.

“Kawasan hutan bertanah gambut di situ seringkali berdepan ancaman berikutan berlaku kejadian kebakaran pada setiap tahun.

“Kita cadang untuk keluarkan permit penggunaan tanah bagi mereka yang berminat menjalankan tanaman pertanian kontan dengan menggunakan teknologi lebih canggih.

“Ia akan berupaya mengawal pencerobohan serta pembakaran terbuka yang dipercayai dilakukan oleh petani haram,” katanya pada sidang media ketika meninjau kawasan kebakaran tayar ricih terpakai di Telok Panglima Garang dekat sini, semalam.

Beliau berkata, kebakaran di kawasan hutan itu berlaku setiap tahun yang mana petani membakar sisa tanaman bagi membersihkan kawasan sebelum memulakan penanaman baharu.

Katanya, dengan pengeluaran permit penggunaan tanah itu, pihaknya mengharapkan agar pengusaha tanah akan menggunakan teknologi yang lebih canggih sekaligus mengelakkan kejadian kebakaran hutan berulang.

Terdahulu, kawasan seluas lebih 2.8 hektar terbakar di Hutan Simpan Kuala Langat Selatan sejak Sabtu lalu.

Difahamkan, proses pemadaman masih dijalankan di kawasan seluas 1.2 hektar. – BH ONLINE

oleh Norzamira Che Noh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: