Masih ramai ditahan ingkar SOP

Kuala Lumpur: Seramai 549 individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, seramai 535 individu dikenakan kompaun, manakala 14 lagi individu direman.

“Antara kesalahan adalah gagal merekod butiran diri atau daftar masuk premis, tidak memakai pelitup muka, tiada penjarakan fizikal, rentas negeri atau daerah tanpa kebenaran, membawa penumpang berlebihan, premis gagal patuh arahan serta lain-lain.

“Sebanyak 4,725 pasukan pematuhan memantau dan menguatkuasakan pematuhan SOP PKP dengan melakukan 98,376 pemeriksaan di seluruh negara, semalam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ismail Sabri berkata, seramai 10 pendatang tanpa izin (Pati) ditahan selain enam kenderaan darat dirampas dalam Operasi Benteng, semalam.

“Dalam operasi ini, terdapat 992 sekatan jalan raya (SJR) dilakukan iaitu Op Penawar (938), Op Benteng Polis Diraja Malaysia (PDRM) (45) dan Op Benteng Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (9).

“Dalam operasi itu, sebanyak 207 bot dan kapal dikesan berada di perairan negara melalui sembilan aktiviti penglihatan,” katanya. – HARIAN METRO

oleh Mohd Redzuan Muharam dan Nurul Hidayah Bahaudin

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: