Pemimpin, orang agama perlu ‘husnuzon’ kempen bendera putih, kata Puad

PETALING JAYA: Para pemimpin dan agamawan perlu bersangka baik dan bukannya membantah terhadap kempen menaikkan bendera putih, kata Ahli majlis kerja tertinggi Umno Puad Zarkashi.

Puad membantah tanggapan yang mendakwa menaikkan bendera putih sebagai tindakan mengalah dan bermotifkan propaganda politik untuk memberi imej buruk terhadap kerajaan.

“Sepatutnya pemimpin dan orang agama lebih sesuai ambil sikap “husnuzon” iaitu bersangka baik, ada MB (menteri besar) dan orang agama yang tidak setuju kempen menaikkan bendera putih. Tujuannya batil.

“Kenapa batil? Kerana ia propaganda politik. Motifnya ialah untuk burukkan dan jatuhkan kerajaan PN (Perikatan Nasional). Ke situ perginya. Tidakkah yang membantah itu yang sebenarnya main politik. Takut sangat kerajaan PN dapat malu dan jatuh,” katanya di Facebook.

Tambah beliau, ada juga pihak yang berpendapat kempen menaikkan bendera putih mencerminkan sikap mengalah dan berputus asa.

Katanya, tindakan menaikkan bendera putih adalah satu inisiatif untuk mendapatkan bantuan memandangkan ramai yang tidak boleh keluar bekerja dan hilang punca pendapatan susulan perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0.

“Mereka bukan tidak mahu kerja dan mengemis di tepi jalan. Tetapi kerana PKP, mereka hilang kerja dan sumber pendapatan, mereka bukan naik bendera putih sepanjang hayat atau setiap hari dan sumbangan yang mereka terima pun boleh bertahan seminggu sahaja,” katanya.

Terdahulu, kempen menaikkan bendera putih dilancarkan di media sosial baru-baru ini menyeru orang ramai untuk menghantar isyarat secara terbuka jika memerlukan sebarang bantuan, terutamanya dari segi barang keperluan sepanjang tempoh pelaksanaan PKP 3.0.

Kempen ini mendapat sambutan meluas daripada warganet yang rata-rata menawarkan sokongan dari segi moral dan bantuan keperluan kepada golongan yang terjejas pendapatan akibat wabak Covid-19. – FMT

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: