Mesyuarat Khas Parlimen lima hari bermula 26 Julai ini

5 Julai 2021, PUTRAJAYA: Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 akan berlangsung selama lima hari bermula 26 hingga 29 Julai dan 2 Ogos 2021 bagi Dewan Rakyat.

Kenyataan rasmi Pejabat Perdana Menteri menyebut, kerajaan turut bersetuju memaklumkan perkara itu kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhubung pemakluman itu.

Mesyuarat Khas bagi Dewan Negara pula akan dijalankan selama tiga hari mulai 3 hingga 5 Ogos 2021.

Menurut kenyataan tersebut, mesyuarat ini bertujuan untuk memberi penerangan kepada Ahli-Ahli Parlimen mengenai Pelan Pemulihan Negara dan meminda semua perundangan dan peraturan bagi membolehkan persidangan Parlimen diadakan secara hibrid.

Berdasarkan Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, semua proklamasi darurat dan ordinan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong akan dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen, jelas kenyataan itu lagi.


Mesyuarat ini akan diadakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang akan ditentukan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Nota Jemaah Menteri juga telah diedar secara berutus kepada Jemaah Menteri untuk mengambil maklum mengenai perkara ini. – PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: