Polis kenal pasti identiti dua daripada tiga individu lari dari kawasan PKPD

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengenal pasti identiti dua daripada tiga lelaki yang melarikan diri dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Jalan Kampung Pasir, Pantai Dalam, di sini.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yong Lei Choo berkata, dengan identiti yang diperoleh itu, pihaknya yakin semua suspek dapat dikesan secepat mungkin.

“Pihak polis masih berusaha untuk mengesan kedua-dua individu yang telah melarikan diri namun butiran mereka telah dapat kami kenal pasti.


“Kami yakin akan dapat menangkap dua individu terbabit dalam masa terdekat,” katanya kepada media ketika membuat lawatan dan serahan bakul makanan di Flat PPR Sentul Murni pada Isnin.

Menurut beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 22 (B) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
Lei Choo juga menjelaskan, sekiranya berlaku perkara yang sama di kawasan PKPD yang lain, pihaknya akan menggunakan kaedah yang sama untuk mengesan individu yang melarikan diri.

Beliau berkata, polis akan meningkatkan kawalan di 19 lokaliti yang dikenakan PKPD dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Pada Ahad, tular video berdurasi dua minit empat saat memaparkan tiga lelaki meloloskan diri menerusi kawat duri yang diletakkan di sekeling PPR tersebut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: