KKM: Henti sebarkan mesej palsu vaksin pelajar di KK KL

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) mengingatkan orang ramai untuk berhenti menyebarkan mesej palsu mengenai pelajar yang diminta hadir ke Klinik Kesihatan (KK) Kuala Lumpur bagi tujuan menerima suntikan vaksin.

KKM turut menafikan mesej berkenaan yang mengatakan pelajar bukan warganegara yang ingin mendapatkan suntikan akan dikenakan bayaran RM80 iaitu RM40 bagi tujuan pendaftaran dan selebihnya RM40 untuk vaksin.

“Tular di aplikasi Whatsapp mengenai mesej palsu berikut. Jangan kongsi mesej ini kerana ia akan menimbulkan kekeliruan,” menurut KKM di Twitter.

Berdasarkan tangkap layar yang dimuatnaik KKM, mesej tular berkenaan memaklumkan dan mengingatkan ibu bapa atau penjaga untuk membawa pelajar ke KK Kuala Lumpur dengan hanya membawa MyKad dan dokumen diperlukan bagi tujuan pemberian vaksin.

Selain itu, mesej berkenaan memberitahu vaksin hanya diberikan kepada pelajar warganegara, manakala bagi bukan warganegara yang ingin mendapatkan vaksin akan dikenakan bayaran sebanyak RM80.

One Comment on “KKM: Henti sebarkan mesej palsu vaksin pelajar di KK KL

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: