“Dalam mesyuarat semalam, Zahid mengakui itu suaranya” – Sumber MKT

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengakui suara di dalam rakaman telefon yang tular bersama Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini adalah suaranya.

Menurut sumber Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, presiden parti membuat pengakuan itu semasa pertemuan yang berlangsung selama lebih dua jam di Wisma Perwira, Kementerian Pertahanan pada malam Isnin.

“Selain keputusan mesyuarat yang menolak cadangan menarik semula sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN), beliau (Ahmad Zahid) mengaku kepada semua itu suaranya dalam perbualan bersama Anwar yang viral tidak lama dahulu selain telah menandatangani surat akuan bersumpah (SD) menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri,” kata sumber itu.

Mesyuarat tertutup antara Ahmad Zahid dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama beberapa pemimpin tertinggi termasuk Datuk Seri Najib Razak berakhir sehingga tengah malam Isnin.

Difahamkan, Ahmad Zahid akan membawa cadangan yang sama kepada MKT selepas majoriti Ahli Parlimen UMNO menolaknya dan menyokong kerajaan PN sehingga Parlimen dibubarkan.

Perhimpunan Agung UMNO (PAU) pada Mac lalu antara lain menuntut supaya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan apabila tempoh darurat tamat, sama ada selepas 1 Ogos ini atau tarikh sebelumnya, jika darurat ditamatkan lebih awal.
Selain, keputusan juga dicapai bahawa Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak akan bersama PN apabila Parlimen dibubarkan.

Sebelum ini, Ahli MKT UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi yakin parti itu akan keluar serta menarik balik sokongan terhadap kerajaan PN.

Memetik laporan Sinar Harian, kenyakinan itu adalah berdasarkan pendirian setiap ahli MKT UMNO untuk meneruskan langkah tersebut, malah lebih awal iaitu sebelum tamat tempoh darurat pada 1 Ogos. _ASTRO AWANI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: