Ismail Sabri dilantik TPM, Hishamudin Hussein ketuai Kluster Keselamatan.

7 Julai 2021, PUTRAJAYA: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini telah melantik Dato Sri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein pula telah dilantik sebagai Menteri Kanan Luar Negara dan mengetuai Kluster Keselamatan yang sebelum ini diketuai oleh Ismail.

Menurut kenyataan rasmi Pejabat Perdana Menteri, Ismail Sabri kekal memegang portfolio Menteri Pertahanan. Pelantikan ini akan dapat membantu Perdana Menteri menguruskan pentadbiran negara dan memenuhi keperluan rakyat dalam keadaan negara sedang menghadapi krisis kesihatan dan ekonomi ketika ini.

Perdana Menteri bersetuju supaya Hishammuddin membantu beliau dalam pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara, menurut petikan kenyataan itu lagi.

Kedua-dua pelantikan ini telah disembah maklum kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan berkuatkuasa serta-merta.

Muhyiddin juga berharap melalui pelantikan ini akan meningkatkan lagi keupayaan Kerajaan Perkatan Nasional (PN) khususnya dalam menghadapi pandemik COVID-19, memperkuatikan perpaduan dalam kalangan parti pami yang membentuk kerajaan dan memperkukuhkan Kerajaan PN dengan tadbir urus yang telus, bebas rasuah dan berintegriti. _PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: