Ahli Parlimen BN kekal sokongan kepada Muhyiddin dan PN

8 Julai 2021: Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) hari ini sepakat untuk kekal menyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan, pendirian tersebut berdasarkan keputusan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO bahawa Ahli-Ahli Parlimen diberi kebebasan untuk menyokong YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri atau sebaliknya dan jika berlaku sebarang pengundian dalam sesi Parlimen pada 26 Julai sehingga 2 Ogos 2021.

Keutamaan Ahli-Ahli Parlimen pada waktu ini adalah usaha memastikan agenda Pelan Pemulihan Negara (PPN) dapat direalisasikan dengan keyakinan bahawa rakyat akan kembali menjalani kehidupan normal seperti sebelum Pandemik COVID-19, memetik kata kenyataan rasmi tersebut.

Ahli-ahli Parlimen BN berpandangan keadaan negara sedang berhadapan krisis kesihatan dan ekonomi, kelangsungan hidup rakyat jauh lebih penting daripada percaturan parti-parti politik.

Sehubungan dengan itu, Ahli-Ahli Parlimen BN menyokong Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri untuk meneruskan agenda membela rakyat. – PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: