Ahli Parlimen PNBBC tidak letak jawatan, kekal sokong Muhyiddin

Datuk Seri Shahidan Kassim tidak faham kenapa Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi boleh melanggar peraturan parti dengan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli-ahli Parlimen Penyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PNBBC) tidak akan meletak jawatan dalam kerajaan dan kekal setia menyokong pentadbiran Perdana Menteri (PM) Tan Sri Muhyiddin Yassin, kata Pengerusinya, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Pengerusi PNBBC itu menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) semalam sebagai mengelirukan dan tidak masuk akal apabila menggesa PM berundur tetapi pada masa sama mahu Menteri dan Timbalan Menteri kekal berada dalam Kabinet sedia ada.

“Kami ahli-ahli Parlimen PNBBC tidak akan berhenti dan meletak jawatan dalam kerajaan, kami menyokong penuh kerajaan Tan Sri Muhyiddin,” katanya kepada Agenda Daily.

Jelasnya, kenyataan Zahid tersebut memberikan persepsi yang tidak betul dan menyebabkan banyak pihak keliru dengan pendirian terbaharu UMNO tersebut, ia sekiranya PM meletak jawatan bermakna pada masa sama kerajaan juga akan runtuh dan bagaimana mahu mengekalkan Kabinet yang sedia ada.

“Kenyataan Presiden semalam mengelirukan, mana boleh PM berundur selepas itu mahu Kabinet kekal… jika PM meletak jawatan, ia bermakna Kabinet juga tidak berfungsi dan Menteri serta Timbalan Menteri juga tiada.

“Sama seperti peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini, apabila beliau letak jawatan kerajaan Pakatan Harapan runtuh selepas itu,” terang beliau.

Ahli Parlimen Arau itu juga mewakili pihak PNBBC mengucapkan tahniah atas lantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Datuk Seri Hishammuddin sebagai Menteri Kanan yang diumumkan kerajaan semalam.

Shahidan berharap dengan lantikan tersebut, ia dapat membantu tugas PM dalam memberikan fokus sepenuhnya ke arah menangani penularan Covid-19 yang melanda negara.

Malam tadi, Zahid sekali lagi mengumumkan keputusan yang seakan sama semasa ketetapan Perhimpunan Agung UMNO 2020 tetapi kali ini dengan lebih keras menuntut supaya Muhyiddin berundur secara terhormat dan memutuskan UMNO menarik sokongan daripada kerajaan PN.

Zahid juga menuntut supaya PM baharu dilantik bagi menggantikan Muhyiddin bagaimanapun tidak menamakan individu yang layak untuk memegang jawatan nombor satu negara itu.

Bagaimanapun, Zahid berkata hanya PM sahaja berundur dan Menteri Kabinet sedia ada akan kekal. _Agenda Daily

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: