Pejuang kini telah berdaftar
8 Julai 2021: Parti Pejuang Tanahair yang diketuai oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah menjadi parti berdaftar secara sah.
Pendaftaran parti itu di bawah Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah diluluskan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin pada hari ini yang juga merupakan tarikh akhir beliau untuk membuat keputusan atas rayuan Pejuang menurut keputusan mahkamah sebelum ini.
“Akhirnya Pejuang telah didaftarkan, dan saya berharap kepada mana-mana yang berminat akan menyertai dan terlibat dalam aktiviti-aktiviti anjuran parti,” kata Tun Dr Mahathir dalam sidang media online beliau hari ini. _PPI
