Parlimen Australia lulus usahasama penerbitan filem antara dua kerajaan Malaysia-Australia

9 Julai 2021, PUTRAJAYA: Perjanjian Usaha Sama Penerbitan Filem (Co-Production) antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Australia telah berkuatkuasa bermula bulan Julai 2021, menurut petikan kenyataan rasmi Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia YB Dato’ Saifuddin Abdullah hari ini.

Menurut Saifuddin, perjanjian usaha sama ini merupakan antara inisiatif di bawah strategi pembangunan industri perfileman tempatan ke persada antarabangsa yang diterajui oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) iaitu agensi di bawah KKMM.

Ia merupakan antara inisiatif berimpak tinggi yang berupaya memajukan sektor industri kreatif tempatan serta membuka lebih banyak peluang dan ruang untuk penggiat industri kreatif menerusi jalinan kerjasama dengan negara Australia, jelas Saifuddin.

Melalui perjanjian ini, produksi daripada Malaysia akan dianggap sebagai produksi tempatan Australia yang membolehkan karya filem Malaysia menembusi pasaran negara negara lain yang telah menandatangani perjanjian usaha sama dengan Australia seperti Kanada, China, Singapura, Itali, Jerman dan United Kingdom.

Ia juga dijangka merangsang pertumbuhan ekonomi bagi sektor industri kreatif tempatan serta industri-industri rantaian dan sokongan yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.

“Saya berharap jalinan usaha sama antara kedua-dua negara ini akan terus mengukuhkan perkongsian strategik dalam penerbitan filem, meningkatkan kualiti dan kuantiti penghasilan filem, menggalakkan pembangunan kemahiran terhadap produksi tempatan serta membolehkan pertukaran budaya dan kreativiti penerbitan antara Malaysia dan Australia,” kata beliau.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkaitan perjanjian usaha sama ini boleh diperolehi di laman web http://www.kkmm.gov.my dan http://www.finas.gov.my atau melalui Bahagian Galakan Penggambaran FINAS di talian 03-41041300 serta e-mel di info@finas.my.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: