Pengerusi PKN Jempol buka Gerobok Makanan, bantu masyarakat setempat

9 Julai 2021, SERTING: Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 1 Julai lalu telah menyebabkan sebahagian masyarakat yang bekerja dalam sektor bukan keperluan (essential) terputus sumber pendapatan.

Situasi wabak Covid-19 di Negeri Sembilan sebulan yang lalu kritikal apabila beberapa daerah iaitu Jelebu, Jempol, Kuala Pilah dan Port Dickson berlaku peningkatan kes positif mendadak sehingga beberapa lokaliti terpaksa dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Keperihatinan seorang peneroka Felda, Haji Karip Salleh telah mengusahakan dan membuka Gerobok Makanan di kediaman beliau di Felda Serting Hilir, Jempol yang menyediakan barang-barang keperluan asas seperti telur, beras, bihun, mee segera, tepung dan minyak masak.

Beliau yang juga seorang usahawan dan Pengerusi NGO Penggerak Komuniti Negara (PKN) Jempol ingin membantu masyarakat setempat yang memerlukan bantuan makanan sepanjang PKP.

Masyarakat setempat yang memerlukan bantuan makanan boleh datang terus ke lokasi kediaman Haji Karip Salleh di alamat No. 130 Felda Serting Hilir, Jempol.

Usaha murni beliau ini adalah suatu ikhtiar alternatif bagi tujuan membantu dan meringankan bebanan masyarakat yang terputus sumber pendapatan ketika ini. _PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: