PKN Negeri Sembilan lancar program Kongsi Rezeki

9 Julai 2021, SEREMBAN: NGO Penggerak Komuniti Negara (PKN) Negeri Sembilan telah melancarkan ‘Program Kongsi Rezeki’ sebagai inisiatif membantu masyarakat yang memerlukan khusus semasa PKP.

Menurut Pengerusinya, Haji Mohd Nazree Yunus program ini merupakan program agihan sumbangan kepada masyarakat melalui kaedah infaq atau derma.

Kata beliau lagi, PKN Negeri Sembilan juga menerima sumbangan dalam bentuk barangan daripada rakyat prihatin yang ingin bersama-sama NGO ini dalam membantu masyarakat.

“Kaedah Infaq atau Derma telah menjayakan program ini. Suatu kesedaran komuniti yang harus dibina dalam diri masyarakat,”

“Kita harus bersama-sama membawa masyarakat menang dalam usaha kita memerangi Covid-19. Sumbangan dan keprihatinan semua adalah memberangsangkan. Kita tidak boleh hanya bergantung harap kepada sumbangan Kerajaan semata-mata,” jelas Nazree.

Nazree menyatakan komuniti perlu memainkan peranan (Islah Mastata’tu) melakukan perubahan & sumbangan yang termampu oleh diri untuk masyarakat.

“Kita harus menjayakan dengan sedikit inisiatif menyusun praktikal konsep Infaq dan Derma dalam kalangan aktivis dan rakyat yang lebih bernasib baik dalam waktu negara berdepan dengan Covid-19 untuk kita sampaikan kepada rakyat yang terkesan dan susah,” kata beliau lagi. _PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: