Tabung Rayuan Palestin berjaya kumpul RM700,000

9 Julai 2021, PUTRAJAYA: Tabung Rayuan Palestin yang dilancarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada 28 Mei lalu telah berjaya mengumpul sejumlah RM700,000.

Menterinya, YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin melalui kenyataan rasmi hari ini menyebut sejumlah RM185,000 telah disumbangkan oleh Pertubuhan Penggerak Komuniti Negara (PKN) dan RM515,000 dari seluruh warga KPKT termasuk PR1MA, SWCorp dan SPNB.

“Tabung Rayuan Palestin ini dilancarkan adalah sebagai tanda solidariti keprihatinan rakyat Malaysia khususnya warga KPKT terhadap penderitaan, kesengsaraan dan kekejaman yang dihadapi oleh rakyat Palestin pada ketika ini,” kata Zuraida.

Menurut Zuraida, keseluruhan jumlah sumbangan ini akan diserahkan kepada Tabung Rayuan Palestin di bawah kelolaan Pertubuhan Penggerak Dasar Komuniti Negara Malaysia (PKN) dan
Council of Malaysian Women Political Leaders (COMWEL) untuk disampaikan kepada rakyat Palestin.

“Hasil kutipan sumbangan yang diterima melalui inisiatif ini membuktikan usaha misi kemanusiaan ini telah disambut baik oleh Ketua Setiausaha KPKT, Jabatan Bomba dan Penyelamat
Malaysia, Jabatan Kerajaan Tempatan, PR1MA , SWCorp dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) serta agensi lain di bawah KPKT,” jelas beliau lagi.

Zuraida turut berterima kasih atas sumbangan yang disalurkan oleh semua pihak dan menyeru seluruh masyarakat terus mendukung usaha
dilaksanakan pelbagai pihak membantu Palestin sebagai tanda kepedulian, keprihatinan dan solidariti untuk Palestin. _PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: