Lebih 100 PPR dan rumah kos rendah di Selangor, KL pula jadi sasaran MOVAK

KLUANG, 10 JULAI : Lebih 100 Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan perumahan kos rendah bakal menjadi sasaran pemberian vaksin melalui Program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK).

Perkara itu ditegaskan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin dalam sidang media di Program Pelancaran PPV Bergerak di Dataran Tasik Kluang, tadi.

Menurutnya, tumpuan akan diberi kepada penduduk PPR dan rumah kos rendah di kawasan dengan kes jangkitan Covid-19 yang tinggi, iaitu di Selangor dan pinggir Kuala Lumpur.

“Untuk fasa pertama, ia akan melibatkan empat PPR dan 96 perumahan kos rendah di Selangor menggunakan 15 bas yang diubahsuai.

“Buat masa ini, pihak kita sudah lengkapkan segala urusan logistik.

“Kita cuma sedang tunggu bekalan vaksin dari KKM untuk jalankan program,” katanya ketika menjawab soalan wartawan.

Melalui Program MOVAK, Zuraida buat masa ini mensasarkan pemberian vaksin kepada golongan peniaga kecil yang berdaftar dengan PBT dan merangkumi penjaja, peniaga pasar malam, pasar tani atau pagi dan lain-lain.

Bagaimanapun, program itu kini dinaiktaraf menerusi pelancaran Unit PPV Bergerak berupa 25 unit bas hari ini.

Penggunaan bas tersebut akan memudahkan pemberian vaksin kepada komuniti yang mempunyai kekangan untuk pergi ke PPV awam.

Program MOVAK merupakan inisiatif bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Kementerian Perpaduan Negara bagi mewujudkan ekosistem sokongan dalam misi kerajaan mencapai sasaran 80 peratus rakyat menerima vaksin. – PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: