Ringgit dibuka kukuh berbanding dolar AS

RINGGIT dibuka kukuh berbanding dolar AS pagi ini, dirangsang oleh kenaikan harga minyak mentah di tengah-tengah peningkatan jumlah kes Covid-19 yang tinggi di Malaysia.

Pada jam 9 pagi, unit tempatan naik sedikit sebanyak 45 mata asas untuk disebut harga pada 4.1850/1890 berbanding dolar AS daripada 4.1895/1940 penutupan urus niaga Jumaat minggu lepas.

Ahli ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Adam Mohamed Rahim berkata, ringgit dijangka mendapat sokongan daripada pengukuhan minyak mentah Brent berikutan penyusutan stok simpan minyak mentah yang mendorong pendapat bahawa permintaan untuk komoditi itu kian meningkat terutama dengan bermulanya musim panas di Amerika Syarikat.

Ketika ini, minyak penanda aras Brent mengukuh 0.13 peratus kepada AS$75.65 setong.

“Justeru, ini dapat mengehadkan tekanan daripada ketidakpastian berkaitan pandemik yang menyaksikan Asia kini berhadapan gelombang terbaru penularan pandemik,” katanya kepada Bernama.

Sumber : Sinar Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: