SPRM tahan pengerusi bergelar Datuk disyaki terima rasuah bernilai RM16 juta

GEORGE TOWN, 11 Julai — Seorang pengerusi lembaga pengarah sebuah syarikat koperasi hartanah yang bergelar Datuk, ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini kerana disyaki terbabit menerima rasuah berjumlah lebih RM16 juta.

Sumber SPRM memberitahu, suspek didakwa menerima sogokan tersebut daripada seorang pengarah syarikat pemaju bergelar Tan Sri, melalui syarikatnya sebagai balasan melantik syarikat pemaju tersebut untuk projek usahasama yang dijalankan di tanah-tanah milik koperasi bagi tujuan pembangunan.

Katanya, suspek berdepan dengan lebih 160 pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA 2001) dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFAPUAA 2001).

“Penahanan Datuk itu adalah berdasarkan siasatan dan operasi yang dijalankan oleh SPRM pada Ogos tahun lalu’ katanya. Katanya, suspek akan didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth esok atas kesalahan menerima rasuah berupa wang dan barangan berharga dianggarkan berjumlah lebih RM16 juta.

Difahamkan, beliau juga akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 15 Julai ini. Ketika dihubungi, Pengarah SPRM Pulau Pinang, Lim Bee Kean mengesahkan tangkapan berkenaan.

Sumber : Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: