Tiada lagi suasana umpama ‘Dhaka’ di Jalan Teratai

Klang: Tiada lagi kumpulan warga asing melepak, bersiar-siar atau menunggang basikal dalam jumlah yang ramai di Jalan Teratai, Meru berhampiran kilang sarung tangan Top Glove sebagaimana tular, Rabu lalu.

Tinjauan jam 6 petang hingga 7 malam tadi mendapati hanya kumpulan kecil warga asing silih berganti membeli keperluan makanan dari dua lori dan sebuah van di bahu jalan berdepan dengan Taman Bayu berhampiran kilang itu.

Rata-rata mereka berjalan atau menaiki basikal dalam jumlah dua hingga tiga orang untuk membeli keperluan daripada peniaga berkenaan.

Turut kelihatan beberapa kenderaan polis serta polis bermotosikal meronda di sekitar lokasi yang diumpamakan seperti ‘Dhaka’ oleh warga maya sejak penularan gambar terbabit.null

Kira-kira jam 6.30 petang, kelihatan penguat kuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK) menghampiri peniaga dan mereka mula mengemas kenderaan serta beredar.

Seorang penduduk tempatan di Taman Bayu yang enggan dikenali berkata, kenderaan menjual bahan mentah seperti sayur serta makanan itu berada di lokasi pada setiap Rabu serta Sabtu.

Bagaimanapun katanya, penduduk tidak pasti sama ada peniaga itu mendapat kebenaran pihak berkuasa atau tidak.

“Penduduk bimbang, lama-kelamaan jumlah mereka yang datang dan tinggal di sini semakin ramai, tambahan pula kes Covid-19 semakin meningkat di Klang.

“Satu lagi keselamatan keluarga, jika anak atau isteri ke mana-mana, pulang agak lewat..saya pasti tunggu mereka di pagar rumah untuk memastikan keselamatan mereka,” katanya ketika ditemui.

Sementara itu, Penghulu Mukim Kapar, Jamil Jemain berkata, masyarakat setempat bimbang dengan peningkatan dan penularan kluster perkilangan dan industri terutama di Meru.

“Pandemik Covid-19 semakin ganas dan tidak terkawal, kita perlu kerjasama semua pihak. Jadi, kami harap, agar kilang-kilang di Meru mematuhi arahan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, pemantauan dan penguatkuasaan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Perbandaran Klang (MPK) serta semua pihak bertanggungjawab juga dipertingkatkan.

“Bila isu ini sudah tular, kami nampak pihak berkuasa lebih kerap membuat rondaan dan pemantauan. Semoga usaha ini berterusan,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: