Polis serah siasatan kes Bella kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya

Johor Bahru: Polis mengesahkan kertas siasatan kes remaja Sindrom Down (SD) dipercayai didera dikenali Bella dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya hari ini bagi penelitian pihak pendakwaan.

Kanak-kanak itu diselamatkan dari sebuah rumah penjagaan di Jalan Kukuban di Taman Setapak, Kuala Lumpur yang turut dikenakan sita melalui perintah mahkamah yang dikeluarkan pada 5 Julai lalu.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, pihaknya turut mengemukakan beberapa cadangan untuk penilaian berhubung kes itu.

“Kita sudah rujuk pada pejabat Timbalan Pendakwa Raya hari ini untuk penelitian dan kita turut kemukakan beberapa cadangan untuk pejabat Timbalan Pendakwa Raya buat keputusan mengikut Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya ketika dihubungi hari ini.null

Katanya, masyarakat turut diminta bertenang dan memberi kepercayaan kepada polis kerana setiap kes yang disiasat perlu seiring dengan undang-undang bagi memastikan keadilan pada semua pihak yang terbabit.

“Orang ramai juga dinasihatkan tidak membuat sebarang kenyataan spekulasi yang boleh mencetuskan kegusaran serta timbul salah faham masyarakat berhubung kes ini,” katanya.

Siti Kamsiah turut menasihatkan orang ramai untuk tidak mendedahkan maklumat terutama foto mangsa yang jelas bertentangan dengan Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001.

“Masyarakat perlu mengawal diri dan ambil tahu mengenai undang-undang kerana mendedahkan maklumat mengenai mangsa, tempat tinggal adalah salah,” katanya.

Seksyen 15 akta itu memperuntukkan sekatan terhadap penyiaran nama, alamat atau institusi pendidikan atau memasukkan apa-apa butir yang direncanakan untuk membolehkan dikenal pasti mana-mana kanak-kanak yang terbabit.

Bagi kesalahan itu, Seksyen 15(4) akta yang sama memperuntukkan denda hingga RM10,000 atau penjara hingga lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Media sebelum ini melaporkan remaja Sindrom Down berusia 13 tahun dikenali dengan nama Bella dipercayai didera di sebuah pusat kebajikan milik pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di ibu kota.

Kisah menyayat hati ini mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia yang rata-ratanya bersimpati dengan nasib Bella dan mewujudkan tanda pagar #justiceforBella di media sosial.

Sumber : Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: