Ambil barang di kebun haram perlu kebenaran JPNP

KUANTAN – Kebenaran Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) diperlukan sekiranya pekebun-pekebun haram durian musang king di Hutan Simpanan Kekal (HSK) Batu Talam, Raub mahu memasuki kawasan operasi penguatkuasaan untuk mendapatkan semula barangan milik mereka yang tertinggal di situ.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, beliau menerima permintaan itu daripada Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon berhubung perkara itu pada Selasa.

Menurutnya, beliau menerima kunjungan Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air, Senator Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhamad di pejabatnya di Wisma Sri Pahang di sini yang turut disertai Sin Woon.

“Pada kunjungan hormat itu, turut dibangkitkan tentang kerja-kerja penguatkuasaan dalam HSK Batu Talam membabitkan kebun durian musang king haram seluas 101.17 hektar itu.

“Saya telah menyatakan ketegasan kerajaan negeri secara konsisten dalam kerja-kerja penguatkuasaan ke atas pencerobohan tanah secara haram di negeri ini,” katanya melalui satu kenyataan pada Rabu.

Wan Rosdy berkata, tindakan penguatkuasaan yang dilakukan tidak mengira kaum mahu pun kawasan atau daerah ia berlaku.

Operasi memusnahkan kawasan kebun durian haram dalam HSK Batu Talam yang bermula 3 Julai lalu selesai dilakukan pada Ahad lalu yang mana 15,000 pokok durian telah ditebang.

Kerja-kerja pemulihan hutan telah dilakukan dengan menanam lebih 2,000 pelbagai spesies pokok hutan di kawasan terbabit.

Operasi tersebut sebelum ini mendapat bantahan dan tentangan pekebun haram terlibat sehingga 18 individu terpaksa ditahan kerana melakukan provokasi melampau terhadap para petugas.

Keadaan kembali tenang dan operasi berjalan lancar selepas anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dikerah ke lokasi.

Sumber : Sinar Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: