Kadar vaksinasi Malaysia antara terpantas di dunia, dua kali ganda berbanding Australia

KUALA LUMPUR, 15 JULAI : Malaysia kini antara negara dengan kadar vaksinasi terpantas di dunia.

Akhbar Australia, The Sydney Morning Herald melaporkan bahawa Malaysia kini mencatatkan pemberian vaksin melebihi 400,000 dos sehari.

Menurut laporan itu lagi, Malaysia berada di tempat kedua selepas Kanada, iaitu pada kadar suntikan sebanyak 1.09 pada 12 Julai lalu.

Kadar vaksinasi Malaysia juga kini adalah dua kali ganda lebih pantas berbanding Australia.

Dalam temubual bersama The Sydney Morning Herald dan The Age, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata kadar suntikan telah berjaya ditingkatkan selepas rundingan semula bekalan dan penghantaran vaksin sejak dua bulan lalu.

Menurutnya, 70 peratus vaksin yang dibeli adalah dari keluaran Pfizer.

“Kita membuat keputusan bahawa amat bahaya jika bergantung kepada satu atau dua jenis vaksin sahaja.

“Kita kini berada di peringkat untuk memastikan semua penduduk menerima vaksin, agar dapat keluar dari situasi ketika ini,” katanya lagi.

Kadar vaksinasi menerusi PICK kini berjaya melepasi 400,000 dos buat hari ketiga berturut-turut.

Secara keseluruhan, sebanyak 12.647 juta dos vaksin telah berjaya diberikan sejak hujung Februari lalu. – PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: