Kerajaan Selangor silap, PBT sebenarnya ada kuasa tutup kilang

MARAN, 15 JULAI : Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negara ini mempunyai kuasa untuk menutup kilang yang didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin berkata, kuasa itu telah diturunkan Kerajaan Pusat kepada kerajaan negeri (PBT) sejak 29 Jun lalu.

Beliau sekali gus menafikan dakwaan Exco Kerajaan Negeri Selangor bahawa PBT tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk mengarahkan penutupan kilang walaupun ia membawa risiko penularan wabak Covid-19.

“Kalau kita mengambil contoh di Selangor dan mereka kata tidak ada kuasa untuk tutup kilang, sedangkan ia sudah diturunkan melalui Akta 432 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988).

“Selain itu, mereka (PBT) juga boleh gunakan Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang secara jelas membenarkan semua PBT mengambil tindakan kompaun dan mengarahkan penutupan premis atau kilang yang menjejaskan kesihatan orang awam.

“Jadi, tidak betul kalau mereka cakap mereka tidak ada kuasa, kerana kami (Kerajaan Pusat) telah turunkan kuasa kepada mereka dan boleh guna akta,” katanya pada sidang akhbar di pelancaran Program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) di sini, hari ini.

Semalam, Exco Kerajaan Tempatan dan Pengangkutan Selangor, Ng Sze Han membuat dakwaan kononnya PBT tidak mempunyai kuasa untuk menutup kilang walaupun dengan tujuan membendung wabak Covid-19.

Dakwaan ini dibuat selepas ramai penduduk Selangor mempersoalkan tahap keprihatinan Kerajaan Negeri yang dilihat tidak mengambil sepenuh tanggungjawab untuk menyekat penularan wabak Covid-19 di negeri itu. – PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: