Malaysia gesa penyatuan NAM dalam usaha pemulihan pasca Covid-19

PUTRAJAYA, 16 JULAI : Malaysia menggesa Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) agar mewujudkan kerjasama lebih kukuh dalam usaha pemulihan berterusan pasca pandemik Covid-19.

Kenyataan Malaysia itu disampaikan oleh Timbalan Menteri Luar Negeri, Dato’ Kamaruddin Jaafar di Mesyuarat Pertengahan Penggal Peringkat Menteri NAM yang diadakan secara maya pada 14 Julai lalu.

Menurutnya, kerjasama itu mustahak bagi mengekang kesan pandemik serta memastikan bekalan vaksin yang mencukupi kepada semua negara anggota NAM.

Dalam pada itu, Kamaruddin juga menegaskan dua lagi isu utama, iaitu situasi semasa di Palestin dan ancaman senjata nuklear.

“Kita menggesa NAM untuk mengambil tindakan sewajarnya bagi menghentikan pencabulan rejim Israel ke atas penduduk Palestin, dan memastikan mereka dipertanggungjawabkan atas segala jenayah yang telah dilakukan.

“Kita juga menyeru semua negara anggota untuk menerima dan menandatangani Perjanjian Larangan Senjata Nuklear (TPNW) yang mula berkuatkuasa awal tahun ini,” katanya.

Mesyuarat Pertengahan Penggal Peringkat Menteri NAM pada tahun ini telah diadakan pada 13 dan 14 Julai lalu secara atas talian.

Ia menghimpunkan menteri, timbalan menteri dan kedutaan dari semua negara anggota bagi mengukuhkan usaha multilateral dalam mendepani cabaran di peringkat antarabangsa, termasuk pandemik Covid-19. – PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: