Parlimen hanya adakan sesi penerangan, tiada perbahasan mahupun usul

KUALA LUMPUR – Tiada sesi perbahasan dan pembentangan usul dijangka diadakan pada sidang Dewan Rakyat yang akan berlangsung bermula 26 Julai ini.

Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa, takwim Parlimen bagi penggal ketiga, Parlimen ke-14, sesi itu akan dipenuhi dengan sesi penerangan daripada menteri-menteri Perikatan Nasional.

“Sidang Parlimen bawah PN dah jadi sidang penerangan.

“Bawah Aturan Peraturan Parlimen, Penerangan Menteri bermakna tiada perbahasan dan perdebatan hanya dengar sahaja selama lima hari,” kata Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) itu dalam akaun Twitter.

Dalam takwim itu, dari 26 Julai sehingga 29 Julai, hanya sesi penerangan sahaja dijadual akan diadakan dan bersambung semula pada 2 Ogos depan.

Semalam, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun memaklumkan, mesyuarat pertama Dewan Rakyat bagi penggal keempat, Parlimen ke-14 tahun 2021 akan diadakan selama 15 hari bermula 6 hingga 30 September ini.

Mesyuarat kedua Dewan Rakyat bagi penggal keempat pula akan diadakan selama 32 hari bermula 25 Oktober hingga 16 Disember.

Azhar Azizan berkata, Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Keempat, Parlimen Ke-14 akan disempurnakan Yang di-Pertuan Agong pada 6 September depan.

Sumber : MalaysiaGazette

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: