Lebih 150,000 Bakul Prihatin berjaya diedar di Ampang

AMPANG, 17 JULAI : Lebih 150,000 unit Bakul Ampang Prihatin telah berjaya diedarkan kepada penduduk yang terbeban akibat pandemik Covid-19.

Ahli Parlimen Ampang, Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin berkata, setiap unit bakul berkenaan terdiri daripada barangan keperluan asas seperti beras, bihun, tepung gandum, gula, rempah ratus dan banyak lagi.

“Insya Allah, saya melalui kapasiti yang ada akan cuba membantu seramai mungkin penduduk yang memerlukan di kawasan Parlimen saya bagi meringankan beban mereka,” katanya semasa menyantuni dan menyerahkan Bakul Prihatin kepada penerima di sini, pagi tadi.

Zuraida yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan merupakan antara ahli parlimen yang giat turun ke akar umbi untuk memastikan penduduk di kawasannya tidak terjejas teruk sepanjang penularan wabak Covid-19.

Selain Bakul Prihatin, beliau sebelum ini turut menyumbang pelbagai jenis bantuan lain seperti Program Sumbangan Prihatin Ramadan kepada surau dan masjid (RM 680,000), sumbangan kerusi roda (1000 penerima), sumbangan kepada rumah anak yatim (5000 penerima) serta banyak lagi. – PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: