PPV bergerak guna 25 bas khas diperluas di seluruh Semenanjung

ALOR GAJAH, 17 JULAI : Unit Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bergerak menggunakan 25 bas khas akan diperluaskan ke seluruh Semenanjung secara berperingkat menerusi program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK).

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique, berkata Unit PPV Bergerak dilancarkan di Kluang, Johor pada 10 Julai lalu sebelum diperluaskan di Melaka pada hari ini.

Inisiatif Unit PPV Bergerak itu sebahagian pendekatan yang dilaksanakan di bawah program MOVAK yang merangkumi tiga lagi inisiatif iaitu Unit Panggilan, Unit Mobilisasi dan Unit Tindakan Komuniti bagi membantu kelancaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dalam usaha meningkatkan kadar vaksinasi khususnya masyarakat luar bandar, ladang dan pinggir bandar.

Datuk Halimah Mohamed Sadique bersama Datuk Zuraida Kamaruddin melawat bas MOVAK yang digunakan untuk pemberian vaksin

“Secara keseluruhan, sebanyak 38,754 penerima vaksin di seluruh negara telah menerima suntikan masing-masing menerusi MOVAK sejak program itu dilancarkan pada pertengahan Jun lepas hingga hari ini dengan kerjasama Kementerian Perpaduan Negara dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Kita berharap kadar vaksinasi COVID-19 di negara ini dapat ditingkatkan lagi menerusi inisiatif Unit PPV Bergerak ini selaras dengan peningkatan penerimaan vaksin yang mencecah 14 juta dos pada bulan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Outreach Vaksinasi COVID-19 Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi di Kompleks Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Kuala Linggi di sini hari ini.

25 bas MOVAK digunakan untuk meningkatkan kebolehcapaian vaksin kepada komuniti

Yang turut hadir, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali; Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Seri Ti Lian Ker dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Kuala Linggi Datuk Ismail Othman.

Mengulas lanjut, Halimah berkata jumlah Unit PPV Bergerak atau bas khas berkenaan akan digerakkan di setiap negeri mengikut keperluan atau cadangan yang dikemukakan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) di setiap negeri.

Bas khas itu diubah suai mengikut spesifikasi yang ditetapkan Kementerian Kesihatan bagi memberi keselesaan kepada vaksinator dan penerima vaksin. – BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: