107,000 pekerja sektor pengangkutan terima vaksin sebelum Ogos

BATU PAHAT: Seramai 107,000 pekerja barisan hadapan dalam sektor pengangkutan dijangka menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19 sebelum akhir Ogos ini.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata sasaran itu merangkumi ketiga-tiga sektor pengangkutan iaitu darat, laut dan udara.

Beliau berkata, antara yang diberi keutamaan adalah pekerja di kawasan lapangan terbang, pelabuhan dan depoh Syarikat Prasarana Negara Bhd, yang mengurus rangkaian pengangkutan awam seperti bas dan rel.

“Bagaimanapun, jumlah ini tidak termasuk pemandu teksi dan e-hailing serta p-hailing yang akan mendapat suntikan di pusat pemberian vaksin (PPV) komuniti setempat.

“Kita mempunyai senarai nama mereka ini, walaupun mereka akan mendapatkan suntikan di PPV komuniti setempat, kita juga akan membantu mereka mendapatkan suntikan segera,” katanya kepada pemberita selepas meninjau operasi hari pertama PPV Integrasi Che Ann Khor, Yong Peng, dekat sini, hari ini.

Ka Siong berkata, pihaknya ada berbincang dengan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin, sebelum ini untuk melaksanakan vaksinasi 250,000 petugas dan mereka yang terbabit dalam sektor pengangkutan di negara ini.

Mengenai PPV Integrasi Che Ann Khor, Ahli Parlimen Ayer Hitam itu berkata, ia akan dibuka selama enam minggu dengan memfokuskan pemberian vaksin COVID-19 kepada penduduk sekitar parlimen itu, terutamanya warga emas.

PPV itu mampu memberikan suntikan vaksin COVID-19 kepada 2,000 individu sehari dan hari ini, seramai 998 individu dijadualkan menerima vaksin. – BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: