Aidiladha: Indonesia kenakan sekatan ‘mudik’ mulai hari ini

JAKARTA: Kerajaan Indonesia menguatkuasakan perintah larangan pergerakan atau ‘mudik’ tidak penting selama seminggu mulai hari ini bagi mencegah gelombang baharu COVID-19 menular ketika umat Islam bakal menyambut Aidiladha 20 Julai ini.

Pengumuman dibuat oleh Pasukan Petugas COVID-19 Kebangsaan tatkala jumlah kematian akibat pandemik itu semalam melepasi angka 1,000, selain jumlah mereka yang dijangkiti wabak itu semakin meningkat susulan penularan meluas varian Delta.

Negara itu semalam melaporkan 51,952 jangkitan baharu COVID-19 dan 1,092 kematian.

Kes baharu itu turun sedikit daripada 54,517 jangkitan yang dilapor pada Jumaat sehingga republik itu diletakkan sebagai negara pertama mencatat jumlah jangkitan harian tertinggi di dunia oleh laman sesawang https://www.worldometers.info/coronavirus/.

Pemerintah Indonesia juga melanjutkan perintah Pemberlakukan Pembatasan Kegiatan Masyarakat Darurat (PPKM Darurat) atau ‘lockdown’ sehingga 31 Julai susulan peningkatan kes COVID-19 yang semakin parah.

Pada awalnya, sekatan darurat dilaksanakan di seluruh Pulau Jawa dan Bali dan akan berakhir pada 20 Julai sempena sambutan Aidiladha, namun PPKM darurat itu diperluaskan ke seluruh Indonesia susulan peningkatan kes COVID-19.

Antara peraturan PPKM Darurat adalah penutupan pusat-pusat beli-belah, penerapan 100 peratus bekerja dari rumah bagi sektor tidak penting, penutupan rumah-rumah ibadat, pembelajaran dari rumah sepenuhnya, larangan makan di restoran, kedai makan atau warung (dine in) dan tempat-tempat atau pusat pelancongan dan rekreasi ditutup.

Jurucakap pasukan petugas itu, Wiku Adisasmito berkata pengalaman lalu telah mengajar bahawa cuti panjang boleh menyebabkan kes baharu meningkat lima kali ganda.

Pada sambutan Aidilfitri lalu pemerintah Indonesia turut mengenakan larangan ‘mudik’ namun penguatkuasaannya tidak terlalu ketat.

Bagaimanapun pada pertengahan Jun lalu, negara keempat paling padat penduduk di dunia itu menyaksikan peningkatan kes COVID-19 dengan pemerintah menyalahkan pergerakan orang ramai pada musim perayaan Aidilfitri, serta penularan varian Delta.

Pekerja sektor penting dan orang ramai yang ada urusan kecemasan bagaimanapun tidak terbabit dengan larangan baharu itu.

Umat Islam diberitahu untuk menghindari solat Aidiladha secara berjemaah. Mereka boleh melakukannya di rumah, kata Wiku.

Setakat ini virus COVID-19 telah membunuh 72,489 penduduk dengan lebih 2.4 juga telah dijangkiti. –

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: