Pulang ziarah keluarga, lelaki cetus kluster di Selangor, Kelantan

Putrajaya: Satu kluster komuniti yang dilaporkan hari ini dikesan membabitkan kes indeks yang mempunyai sejarah pulang ke Kelantan dari Selangor pada awal bulan ini.

Lampiran yang disertakan dengan kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini menunjukkan Kluster Kampung Bujuk yang dikesan di Pasir Mas dan Petaling itu membabitkan sebuah kawasan perumahan yang terletak di Kampung Bujuk Tok Uban, Pasir Mas.

Kes indeks bagi kluster itu dikesan seorang lelaki tempatan berusia 39 tahun yang dilaporkan positif COVID-19 pada 12 Julai lalu hasil saringan individu bergejala.

Ringkasan laporan itu menyebut, lelaki itu mula bergejala pada 1 Julai lalu selain kes indeks juga mempunyai sejarah pulang ke Kelantan dari Selangor antara 2 Julai hingga 5 Julai untuk menziarahi keluarga.

Kluster Bujuk adalah antara enam kluster komuniti yang dilaporkan hari ini.

Selain enam kluster komuniti itu yang mencatatkan sebanyak 110 kes hari ini, Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini turut melaporkan sebanyak 19 kluster tempat kerja (1,112 kes); dua kluster kumpulan berisiko (74 kes) dan satu kluster pendidikan (12 kes). – HARIAN METRO

Oleh Rafidah Mat Ruzki

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: