Dua kit ujian kendiri Covid-19 dapat kelulusan bersyarat, kata KKM

Kementerian kesihatan (KKM) menerusi Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) mengeluarkan senarai dua kit ujian kendiri Covid-19 yang telah mendapat kelulusan bersyarat untuk diimport dan diedarkan di dalam negara.

Menerusi infografik dikongsikan dalam Facebook KKM, kit ujian itu boleh dijual di farmasi komuniti berdaftar atau fasiliti kesihatan.

Dua kit berkenaan dinamakan Salixium Covid-19 Rapid Antigen Rapid Test (Saliva/Nasal Swab Samples) yang dibuat Reszon Diagnostic International Sdn Bhd Malaysia dan Gmate Covid-19 Ag Saliva For Home Use oleh Philosys Co Ltd, Korea.

Kit Salixium Covid-19 digunakan bagi tujuan sampel pengesanan RTK-antigen (self test) saliva dan nasal swab samples (sampel air liur dan dari hidung), manakala kit Gmate Covid-19 bagi tujuan RTK-antigen (self test) saliva sample (sampel air liur).

Senarai itu akan dikemas kini dari semasa ke semasa dan ia boleh juga disemak menerusi portal MDA, menurut KKM. – BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: