MB Kedah bayar kompaun RM1,500

Alor Setar: Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor sudah menjelaskan kompaun RM1,500 yang dikenakan ke atasnya susulan kejadian beliau mengunjungi sebuah pusat pameran kenderaan di Pulau Pinang, awal bulan lalu.

Pegawai Khas Media Menteri Besar Mohamad Helmi Mohamad Khalid berkata, notis kompaun berkenaan diserahkan polis semalam, sebelum bayaran dibuat melalui wakil di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kota Setar.

“(Notis) Diserahkan semalam, jumlah kompaun RM1,500 dan sudah dibayar di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Alor Setar.

“Saman oleh polis, bayar kepada KKM. Dibayar oleh seorang pegawai Menteri Besar,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Difahamkan, Muhammad Sanusi turut menjelaskan bayaran kompaun berjumlah RM1,500 yang dikenakan ke atas jurujual pusat pameran berkenaan yang turut didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika kejadian.

Dalam kejadian pada 5 Jun lalu, gambar dan video memaparkan individu dipercayai beliau memandu uji kenderaan pacuan empat roda (4WD) Ford Raptor di sebuah pameran di Juru, Pulau Pinang, tular di laman sosial.

Bagaimanapun, Muhammad Sanusi yang juga Ahli Dewan Undangan (Adun) Jeneri, pada sidang medianya menafikan melakukan pandu uji kenderaan terbabit, sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis bagi melakukan siasatan.

Berikutan itu, polis melakukan siasatan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 17(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

oleh M Hifzuddin Ikhsan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: