Thailand semakin parah, kes COVID-19 terus tinggi

BANGKOK: Thailand hari ini merekodkan 11,784 kes jangkitan baharu, yang juga antara yang tertinggi dalam tempoh empat hari berturut-turut.

Negara ini juga mencatatkan 81 kematian baharu, menjadikan jumlah kematian keseluruhan akibat virus itu meningkat kepada 3,422 kes manakala jumlah jangkitan pula naik kepada 415,170 kes.

Semalam, kerajaan Thailand mengumumkan lanjutan sekatan COVID-19 termasuk larangan perjalanan dan perintah berkurung waktu malam di tiga lagi wilayah.

Selain itu, penduduk juga tidak dibenarkan berhimpun lebih daripada dua orang dan jika ingkar, mereka boleh dikenakan denda sehingga 40,000 baht (RM5,130) serta penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Pada minggu lalu, pihak berkuasa Thailand mengumumkan rancangan untuk mencampurkan dua jenis vaksin COVID-19 bagi meningkatkan sistem imunisasi penduduk.

Mereka akan diberi suntikan dos pertama menggunakan vaksin Sinovac dan dos kedua pula menggunakan AstraZeneca.

Pihak berkuasa negara itu percaya campuran dua jenis vaksin dapat meningkatkan imunisasi dan menentang penularan varian Delta. – AGENSI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: