Indonesia catat kematian COVID-19 tertinggi menjelang Aidiladha

JAKARTA: Warga Indonesia mengerjakan solat sunat Aidiladha di luar masjid dan ibadah korban sempena Aidiladha di sebalik COVID-19 yang semakin mengganas.

Republik itu juga mencatatkan kadar kematian tertinggi akibat coronavirus semalam, namun tidak melunturkan semangat umat Islam menyambut Aidiladha, yang agak suram tanpa perhimpunan secara besar-besaran.

Pihak berkuasa melarang orang ramai daripada berhimpun termasuk pada acara korban dan menggesa mereka tidak berkumpul ketika mengerjakan ibadah.

Tahun ini, kerajaan melarang sembahyang berjemaah di bandar utama dan wilayah di bawah perintah berkurung, yang merangkumi sebahagian besar Jawa dan Bali selain 15 lagi lokasi di serata negara.

Jawa adalah pulau berpenduduk paling padat di Indonesia dengan 151.6 juta orang atau 56.1 peratus daripada 270 juta penduduk negara itu manakala penduduk Bali berjumlah 4.3 juta orang.

Di Jakarta dan di tempat lain, sebahagiannya mematuhi larangan memasuki masjid tetapi berkumpul untuk bersolat di jalan berdekatan sementara penduduk Bandung meletakkan tikar untuk bersolat di lorong sempit di luar kediaman mereka.

Ribuan yang lain di Banda Aceh berkumpul berdekatan perkarangan luar Masjid Besar Baiturrahman.

Presiden Indonesia, Joko Widodo, meminta umat Islam berdoa di rumah untuk memperingati Aidiladha dan jangan mengambil risiko dijangkiti dengan menyertai perhimpunan awam.

“Di tengah wabak ini, kita harus lebih rela berkorban‚Ķ utamakan kepentingan masyarakat dan orang lain,” katanya dalam ucapan di televisyen kelmarin.

Kes jangkitan di Indonesia meningkat selepas berjuta-juta orang menyeberangi kepulauan dengan hampir 270 juta penduduk itu pada akhir Ramadan, Mei lalu.

Indonesia kini mengatasi India dan Brazil sebagai kawasan panas COVID-19 global, dengan jumlah kematian hariannya mencecah 1,338 mangsa kelmarin.

Kes jangkitan mencecah 50,000 sehari iaitu 10 kali lebih tinggi daripada angka purata pada awal Jun lalu, disebabkan oleh varian Delta yang lebih pantas berjangkit.

Pusat pemeriksaan jalanan didirikan di seluruh Jawa dan penerbangan domestik dikenakan sekatan lebih ketat dalam usaha menghentikan orang ramai melakukan perjalanan melawat saudara-mara.

Lonjakan kes menyebabkan hospital di Jakarta dan seluruh Jawa yang padat penduduknya kini berada dalam krisis serta kekurangan oksigen.

Pesakit terpaksa diminta pulang oleh kakitangan perubatan atau dirawat di khemah sementara yang didirikan di tempat letak kereta hospital dan semakin ramai pesakit dilaporkan mati di rumah.

Indonesia mencatatkan lebih 2.9 juta kes dan hampir 75,000 kematian tetapi kadar ujian dan pengesanan kontak rapat yang rendah menyebabkan pakar percaya jumlah sebenar adalah jauh lebih tinggi. – AGENSI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: