Kadar kebolehjangkitan Covid-19 turun 5 hari berturut-turut

PETALING JAYA: Kadar kebolehjangkitan (R0) Covid-19 untuk seluruh negara menunjukkan trend penurunan masuk hari kelima berturut-turut dengan nilai 1.12 direkodkan semalam.

Menurut data dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah di Twitter, kadar kebolehjangkitan turun sejak Khamis lalu yang mencatatkan nilai R0 pada 1.20.

Kali terakhir nilai R0 di bawah 1.0 adalah pada 7 April, manakala kadar tertinggi 1.21 dicatatkan 23 Mei lalu.

Bagaimanapun, 10 negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan dengan Terengganu mendahului pada 1.31.

Ia diikuti Sabah (1.25), Kedah (1.23), Pulau Pinang (1.22), Johor (1.20), Putrajaya (1.19), Selangor (1.15), Negeri Sembilan dan Pahang masing-masing (1.14), Perak (1.13) dan Melaka (1.12).

Tiga negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan di bawah 1.0, iaitu Labuan (0.75), Sarawak (0.95) dan Perlis yang merekodkan hanya dua kes sahaja.

Setakat ini, kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan sejak pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) pada 13 Jan lalu ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.

Nilai R0 merujuk tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti daripada satu kes positif. – FMT

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: