Shahidan: Jika Umno nak menang besar PRU15, kerjasama dengan PN

Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PNBBC) Shahidan Kassim menggesa Umno membuka pintu rundingan bersama gabungan Perikatan Nasional (PN) jika parti itu mahu menang pilihan raya umum akan datang, kata laporan.

Shahidan yang juga ahli parlimen Arau dipetik Utusan Online berkata rundingan bersama PN itu perlu memandangkan Timbalan Perdana Menteri Kerajaan PN Ismail Sabri Yaakob merupakan pemimpin kanan Umno.

“Umno sedar jika bergerak bersendirian dalam pilihan raya, mustahil akan menang melainkan menjalinkan kerjasama dengan mana-mana parti politik.

“Jadi, jika tidak bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan PAS di dalam PN, adakah hendak bekerjasama dengan PKR dan DAP?

“Takkan hendak jadi pembangkang jika hendak bergerak sendirian, sudah pasti memerlukan kerjasama untuk membentuk kerajaan.

“Untuk menang besar, Umno perlu bekerjasama dengan PN dan rundingan tersebut perlu sentiasa dilakukan,” kata Shahidan yang disingkir daripada jawatan pengerusi Umno Perlis pada April lalu.

Dalam laporan sama, Shahidan mendakwa majoriti ahli parlimen BN iaitu sekitar 37 daripada 42 orang kekal menyokong kerajaan PN.

Shahidan juga dipetik Utusan Online berkata dia akan bertemu Presiden Umno, Ahmad Zahidi Hamidi untuk meminta seluruh pemimpin BN menyokong PN.

Gambar fail, pembentukan kerajaan PN.

Untuk rekod, PAS dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) telah menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin yang kini menerima asakan daripada Umno agar meletakkan jawatan.

Selain itu, rakan Umno dalam BN iaitu MIC dan MCA juga telah menyatakan sokongan kepada Muhyiddin.

Pun begitu,  Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Mohd Puad Zarkashi berkata Umno perlu tegas mempertahankan pendirian parti itu meskipun hanya tinggal tiga orang saja yang sanggup berbuat demikian.

Puad mendakwa terdapat pemimpin Umno yang sanggup menjadi “power broker” yang didakwanya mahu menjual parti dengan berunding tanpa restu presiden.

Begitu juga katanya berkenaan tindakan menteri Umno yang tidak mengikut keputusan parti agar menarik sokongan terhadap Muhyiddin.

“Terbaru, MT putuskan untuk menarik balik sokongan kepada perdana menteri. Tetapi ‘kluster menteri’ pula buat keputusan songsang. Mereka sokong perdana menteri,” kata Puad pada 17 Julai. – MALAYSIAKINI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: