Mana sumbangan RM20 juta rakyat, ada resit, bukti, Ebit soal Nadir

PETALING: Pendakwah bebas Ebit Lew memulangkan paku buah keras kepada Muhammad Nadir Al-Nuri Kamamrulzaman dengan mempersoalkan ke mana sumbangan RM20 juta diberikan rakyat kepada penduduk Gaza menerusi Persatuan Cinta Gaza Malaysia.

Dalam sidang media maya selama hampir dua jam, Ebit meminta Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia itu mengemukakan perbelanjaan wang sumbangan berkenaan kerana membabitkan jumlah sangat besar dan menimbulkan persoalan umum.

“Dia ada sebut dalam ‘live’ dia mengenai sumbangan RM500,000 yang dikatakan sedikit. Bagi saya itu dah cukup besar.

“Saya mahu balikkan soalan itu kepada dia, di mana sumbangan RM20 juta, ada resit, ada bukti?,” katanya.

Ebit menjelaskan beliau menjalankan misi ke Gaza menggunakan dana sendiri tanpa membuka tabung, berbeza dengan Nadir yang meminta sumbangan.

“Ada beberapa sahabat yang sangat rapat dan juga ada beberapa rakan di Facebook menyumbang tetapi mereka tak mahu nama mereka disebut. Mereka ikhlas membantu,” katanya.

Nadir, rakyat Malaysia menetap di Gaza yang aktif dalam kerja kemanusiaan dengan menubuhkan badan bukan kerajaan (NGO) sendiri.

Ebit turut kesal dengan tindakan pelbagai pihak yang menggelarnya dengan panggilan kurang enak sehingga mengguris keluarganya.

“Saya tak kisah kalau saya seorang saja yang kena. Itu dah biasa, tetapi apabila sampai melibatkan isteri, anak-anak dan keluarga yang lain, saya jadi sedih.

“Saya dah biasa dituduh dengan panggilan yang macam-macam…susah saya nak sebutkan, tapi saya sebutkan juga hari ini, antaranya babi, penunggang agama, dajal, syaitan dan macam-macam lagi,” katanya yang membuat sidang media itu untuk membersihkan namanya. – FMT

oleh Nora Mahpar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: